Murder in Malaysia

"Murder in Malaysia" (Bahasa Melayu: Pembunuhan di Malaysia) ialah sebuah episod dalam rancangan dokumentari berbahasa Inggeris, 101 East terbitan Al Jazeera. Episod dokumentari itu disiarkan pada 11 September 2015.[1] Episod ini membuat liputan mengenai pembunuhan berprofil tinggi wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006 dan kaitan Najib Razak yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri semasa kes itu berlaku.Pada 22 Julai 2020, penyedia televisyen satelit, Astro didenda oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mengulang siar dokumentari tersebut. Notis tersebut dihantar kepada pemilik Astro, MEASAT pada 7 Julai, iaitu hampir lima tahun selepas filem itu diterbitkan. Wartawan 101 East, Mary Ann Jolley dihantar pulang semasa penerbitan dokumentari itu. Kementerian Dalam Negeri memberitahu Al Jazeera bahawa Jolley dihantar pulang kerana tindakannya "berpotensi memberi kesan negatif terhadap imej Malaysia".[2][3][4][5]

Murder in Malaysia

Tarikhtayangan 11 September 2015
Tempoh masa 25 minit
No. Episod MusimĀ 5
Episod 36